Home | Rumpun Nan Satu | Tokonang Juo.. | Satu Ketika Dulu.. | Rahsia Kehidupan | Kenangan Mengusik Jiwa | Kandungan | Catatan Perjalanan | Dunia Yang Berlainan
Tokonang Juo..
Me, Story...

"Poie pokan naik basika, tongah haghi tongah paneh, apo dayo motong gotah, apo nak dikato, kalo bulih nak jadi cikgu sekulah kek Kolo Pilah" -Blues Gang 

Hantu!
Publish: 30 Disember 2003
 
Mase aku form 5, sekolah aku dikejutkan dengan berita budak2 terjumpa hantu. Mula2 tak kecoh sangat, ingatkan khabar angin aje, sekali Ustazah Maznah pun kena tegur jugak dengan hantu tu, terus gempar. Ustazah Maznah tengah jalan balik lalu depan bengkel Kemahiran Hidup. Sekali ade pulak orang panggil name dia dari atas pokok. Sebelum ni, budak-budak junior dah kecoh dah jumpa hantu rambut panjang (macam Ali XPDC la tu kot). Selama seminggu sebelum tidur, Ustazah Maznah suruh kitorang ramai2 bace Ayat Kursi kat asrama. Mase tu semua takut beb, kat bilik aku katil tepi tingkap semua kosong. Bilik prep pun kosong, nak gi toilet pun sampai 2-3 orang follow. masing2 tak berani nak keluar malam, takut kena tegur dengan hantu XPDC.
Ade orang kate hantu tu tinggi sampai lepas bumbung garaj kereta warden. (Tapi yang letak motor warden atas bumbung, bukan hantu tu punya kerja la, tu budak2 ni yang punye kerja). Setelah diselidik, rupa-rupanya tau la kenape hantu tu tetiba mangamuk. Orang Cina yang ambik tender buat bangunan LK letak dia punya berhala kat tepi padang tu. Bila tempat dia dah kena kacau, hangin la member. Tu yang hantu tu menumpang kat asrama kitorang, sambil2 menyakat budak-budak ni sebagai hobi mengisi mase lapang. Sekali tertegur Ustazah Maznah, silap besar daa. Dengar kate, Ustazah Maznah buang hantu tu kat tempat lain. Tapi lepas seminggu, takde ape2 cerite lagi dah.
Paling aku ingat, mase sibuk2 kecoh pasal hantu tu, cikgu disiplin kitorang, Mr Zack, tetibe kena serangan darah rendah. Kate budak2 ni, dia terjumpa dengan hantu XPDC tu mase balik dari rondaan. Wallahualam.

Telatah Cikgu Razak Silong
Published : 31 March 2004
 
Cikgu Abdul Razak bin Silong merupakan merupakan salah seorang cikgu yang boleh tahan lawaknya. Dia mengajar Bahasa Melayu dengan PJK. Dia ni cikgu BM aku mase tingkatan 2.
Masa hari first dia ajar kelas aku, group aku kena buat satu pembentangan. Tapi bila nak keluar ke depan, masing2 malas nak keluar. Tetiba je cikgu razak bangun, kata " Besok saya tak mahu tengok muka2 ni dalam kelas saya lagi". Lepas tu dia keluar sebab masa dah habis. Aku fikir, sudahhh.. takkan setahun aku tak belajar Bm kot? Mati la camni. So, malam tu group kitorang pakat la tulis surat mintak maaf. Besoknya pakat la tunggu kat luar kelas sebelum waktu BM start. Masa dia sampai, kitorang pun bagi la surat tu kat dia. Sekali nak tau dia buat ape? Dia boleh tanda surat tu macam tanda karangan, siap betulkan format lagi. Adeiii...siap bagi gred B.
 
Lepas tu mase aku form 2 gak, teiba je dia masuk kelas , jerit "Bangun!". Kitorang mase tu terperanjat la, tengah borak2 tetiba kena sergah. Semua pucat, kalau mulut tengah ternganga tu tak sempat nak tutup. Lepas tu dia jerit, "keluar!" kitorang pun keluar la dari kelas tu cepat2, kang kena hentak kang, tak pepasal. lame gak kitorang kat luar, dalam 2 minit, masing2 tertanya2 apelaa dosa sampai kena halau camni. Pastu dengar lagi suara "Masuk!". Aii.. ape kenanya cikgu Razak ni, lepas tu "Duduk!".
Bila dah duduk tu, dia cakap " Itu merupakan contoh-contoh ayat perintah yang akan kita belajar pada hari ini." lepas tu dia senyum. Kitorang pun blur, dah tak tau dah nak bagi reaksi ape, elok2 terkejut tadi, dia buat lawak apa lak ni dah...
 
Ayat dia yang paling glamer, "Ni stokin siapa yang bau busuk ni? Gugur bulu hidung saya!"
Sekarang ni dengar kata dah naik pangkat jadi Guru Penolong Kanan. Semoga telatahnya berkembang mekar di STJ yang tercinta....hoh.
 

Cinta Monyet
Published: 11 Januari 2004
 
Kisah yang berlaku pada pertengahan tahun 1997, tidak pernah diberitahu sehingga hari ini..
Bermula dengan satu panggilan telefon,
+ "Hello"
-"Hello"
+"Boleh saya cakap dengan ***?"
-"Ya. Siapa ni?"
+"Cuba teka"
-"Siapa ni? Cepat la, jangan main teka2 pulak?"
+"Mazlan. Tak kenal?"
-"Ntah, tak kenal."
+"Hm? Mazlan, yang..."
-"Ntah, tak kenal pun"
+"Er..ok lah, takpe. Assalamualaikum."
 
Budak lelaki itu terus meletakkan gagang telefon, kemudian terduduk memikirkan kebodohan yang berlaku pada hari itu. Being humiliated, he will suffer for the next 5 years, but being a fool, he never blame her for what has happened. Apa yang difikirkan, dia tidak boleh menyalahkan perempuan itu, kerana kita sendiri yang suddenly popped up into her life. Just like pop-ups when we are online, the pop-ups should be blamed, not us. It's the same. When we poppep into someone's life, who should we blamed?
Itulah kisahnya yang berlaku terhadap budak lelaki itu. He just grow up, shows that he is worth of something, and throw away the misery.
Setiap orang ade kisah tersendiri, and this is the story tentang budak lelaki itu.
Tentang "budak lelaki itu".....
 

Enter supporting content here