Home | Rumpun Nan Satu | Tokonang Juo.. | Satu Ketika Dulu.. | Rahsia Kehidupan | Kenangan Mengusik Jiwa | Kandungan | Catatan Perjalanan | Dunia Yang Berlainan
Satu Ketika Dulu..
Me, Story...

Sepuluh tahun yang dulu, dunia nampaknya terlalu luas untuk diteroka...
Sepuluh tahun kemudian, terasa kita terlalu cepat dewasa...

Memancing
Publish : 10 Disember 2003

cacing.jpg

Sejak aku masuk darjah 4 aku mula aktif memancing. Takde istilah joran, yang ada cuma batang kayu dan takde istilah rapala, yang ada cuma gabus. Setakat nak memancing ikan air tawar, buat ape nak pakai benda-benda tu semua. Tali pancing kitorang pakai tali tangsi, mata kail beli kat kedai, sepuluh sen dapat dua. Kira-kira sejengkal dari mata kail tu kitorang ikat gabus, jadi kalau ikan makan umpan, gabus tu akan tenggelam. Umpan tak jadi masalah. Korek aje tanah kat mane-mane pun, keluar la cacing. Kitorang biasanya memancing kat paya ataupun kolam. Kolam pun kena tengok jugak, ade kolam yang takde ikan. Tunggu la sehari suntuk pun, takde dapat ikan punya. Ade kolam yang banyak ikan, tapi orang punya la. Kalau nak kena kejar dengan cangkul, cuba la memancing kat situ. Biasanya kitorang memancing kat paya. Aku ingat lagi, ikan pertama yang aku dapat ialah ikan puyu. Ikan ni sirip dia tajam sikit, jadi kalau nak pegang kena hati-hati sikit. Lagi satu, ikan puyu ni jadi buas kalau kena provoke. Dah berapa kali ikan puyu ni melompat keluar dari akuarium, last sekali punya lompatan, nasib tak baik, kucing belang dah menunggu. Lantak la, siapa suruh main lompat-lompat.

ikan.jpg

Ikan-ikan lain yang ada ialah haruan, keli dan toman. Haruan ni berbadan licin, selalu terlepas balik masuk dalam paya. Keli pulak susah nak pegang sebab suka menyengat dan toman tak pernah pulak dapat sebab ikan ni ganas, tak sempat nak tarik tali dah putus. Memancing ni ada juga masalahnya. Tali tangsi yang kitorang buat tali pancing tu pun bukan kuat sebenarnya. Kalau kena haruan yang besar tu boleh putus dibuatnya. Lagi satu yang tensennya, bila mata kail tersangkut dekat batang kayu. Terpaksalah masuk dalam paya nak menguraikannya. Tak semua penggemar umpan pancing ni ikan. Kadang-kadang tu tersangkut la pulak sang labi-labi. Binatang ni bukannya boleh dimakan, lepas tu gigi tajam pulak. Terpaksalah tukar mata kail lain. Bahaya jugak sebenarnya memancing ni, tapi itu kegiatan paling best mase kecil-kecil dulu. Meredah semak samun, entah ada ular dalam tu. Kadang-kadang melintas pulak biawak besar. Biawak ni sebenarnya takut kat orang, tapi biasalah budak kecik, kalau badan biawak dah sama besar dengan badan, lari lintang pukang la jawabnya. Ikan kemana, pancing entah kemana. Bila dah besar ni, main game pancing je la.

biawak.jpg

Mengigau
Published: 20 Februari 2004
 
Orang kate, kalau tidur lepas Asar, nanti boleh jadi gila. Alasan logiknya, tak tau lah, tapi ade jugak kebenarannya. Ustazah aku kate, kalau tidur lepas asar 40 hari berturut2 boleh jadi gila. Ustazah yang kata...
Yang aku nak ceritakan kat sini, masa aku kecik2, sekolah tadika, lepas penat main2 ('bertagas', mak aku kate) aku pun tidur la petang. Mase aku kecik2, jarang aku tidur petang, maklumlah, nakal, tak reti duduk diam. Lepas tu aku terjaga, tengok sekeliling semua dah gelap (mendung sebenarnya kat luar, sebab rumah aku terlindung dengan pokok rambutan, jadi cahaya tak berapa masuk dalam rumah, itu yang jadi kelam) aku pun jadi gelabah, tengok takde orang kat rumah.
Mase aku keluar dari bilik, aku nampak abah aku tengah semak buku akaun blok (mase tu abah aku ketua blok*). Aku ingat lagi, mase tu sambil menangis, aku marah kat abah aku, "Kenape tak kejut pergi tadika?". Mase tu aku ingatkan dah pagi.
"Eh, kan dah petang ni. Tengok jam tu, dah pukul 5" abah aku marah aku balik sambil tunjuk jam kat dinding.(Jam ni dah ade sejak aku belum lahir, beli mase mula pindah ke Felda, tahun 1972. Sampai sekarang ade lagi tergantung, belum arwah lagi.Jam lain semua dah bertukar ganti). Walaupun aku belum reti tengok jam lagi mase tu, tapi aku tahu la dah petang sebenarnya, sebab kat TV dah ade kartun.
Bila terkenang balik, rase kelakar la pulak. Ade jugak betulnya cakap Ustazah...
 
*Blok = Felda aku terbahagi 6 blok. Aku duduk kat blok D.

tm-ryoki_carrot_jump.gif

Usah Diharapkan Ganjaran..
Publish : 20 Februari 2004
 
Mase aku kecik2, aku dianugerahkan Allah bakat boleh membaca, menulis dan melukis sebelum aku masuk sekolah lagi. Sebab tu bila dah besar, member2 aku banyak yang pelik, apasal aku boleh bace dengan cepat (Selalu berlaku masalah bila bace majalah same2, sebab aku habis bace awal, lepas tu nak bace mukasurat sebelah pulak). Bila dah dapat kertas dengan pen, mula la aku tenggelam dalam dunia aku sendiri, lukis kartun. Batman, Ultraman, kucing aku, semua aku lukis. Sebab tu la selalu kena marah dengan mak (sebab bila dah habis lukis, buang kertas merata-rata), abah (sebab pen dia selalu hilang) dan akak aku ( aku koyak buku resepi dia, nak ambik kertas kosong).
 
Bila dah masuk sekolah, of course tak jadi masalah bagi aku untuk menonjolkan diri, dalam akademik ataupun bab lukisan. Kalau ade pertandingan melukis tu, takde muka lain la, aku je yang cikgu panggil. Kadang2 naik tensen jugak, kena bangun pagi2 hari cuti, cikgu jemput pergi pertandingan melukis.
Ade suatu mase, aku dapat nombor satu dalam kelas, aku mintak hadiah komputer (sebenarnya video game, tapi bodoh lagi mase tu, tak tau nak beza).
Famili aku buat donno je tengok aku menangis sakan. Lepas tu abah aku balik dari masjid, dia kate "Bukan murah komputer tu, same harge macam sekor lembu tu". lepas tu aku terus senyap. Sebab aku tau sekor lembu memang mahal, tak mampu nak beli. lepas tu aku fikir balik, keluarga aku bukan macam keluarga orang lain. Sejak hari tu aku tak pernah mintak ape2 pun dari bila aku dapat nombor satu. Bukan aku merajuk, tapi aku tak mahu nak susahkan keluarga aku. Abang aku janji nak belikan basikal bila dapat 4A dalam UPSR. Bila aku dapat 4A, dia buat tak tau je, aku pun malas nak mintak, lagipun lepas tu nak masuk asrama dah. Takkan aku nak sorong basikal tu bawak masuk asrama.
And then, PMR, SPM pun aku tak mengharapkan ape-ape sangat. Orang lain ade yang bapak dia kasi 500 ringgit, ade dapat motor. Aku tak mintak ape-ape, sebab aku tau betape susahnya keluarga aku nak sekolahkan aku, inilah balasan aku kepada diorang, bukan aku yang patut mengharap ape-ape dari diorang. Sampai sekarang kate2 abah aku pasal harga seekor lembu tu, terngiang2 dalam kepala otak. Bila teringat, tak sampai hati nak mointak ape2 lagi kat diorang..
Tuhan dah kurniakan talent dari aku kecil, tu pun aku dah bersyukur. Sebab tu aku tak pernah harapkan ganjaran atas segala kejayaan aku, tak pernah nak kisah orang nak bagi hadiah waktu birthday aku. For me, ape yang penting ialah buat perkara yang membanggakan diri dan keluarga.
Bila member aku tanya, macamana aku boleh terer melukis, aku tak tau nak jawab ape, sebab dari kecik memang dah macam tu. So, aku jawab, "Anugerah Allah".
Well, sekurang2nya ade jugak perkara yang nak dibanggakan..heh.