Home | Rumpun Nan Satu | Tokonang Juo.. | Satu Ketika Dulu.. | Rahsia Kehidupan | Kenangan Mengusik Jiwa | Kandungan | Catatan Perjalanan | Dunia Yang Berlainan
Kenangan Mengusik Jiwa
Me, Story...

Dua tahun meninggalkan banyak kenangan manis bersama. From these happy memories and some stupid practical jokes, we are bond to each other...

kenshinwack.gif

Mercun Telur

Publish: 17 Disember 2003

 

Bila dah raya ni teringat pulak kisah perang mercun kat cemara dulu. Masa ni blok aku dengan blok depan, yang terpisah oleh court serbaguna, (court ni biasanya digunakan untuk riadah dan kadang-kadang untuk aktiviti UiTM) akan menunjukkan kehebatan masing2 dalam acara membuat bising.

Si Fattah pulak bawak mercun telur, ada dalam satu plastik, 20 ke 30, tak ingat. Mercun ni lah yang paling bising sekali antara mercun-mercun haram yang lain. Bila ada budak blok depan start main mercun, kitorang campak la mercun telur sebiji dua. Lepas tu mesti ada bunyi sahut-menyahut kedengaran (bunyi yang hanya kedengaran bila blackout), samada dari budak blok depan ataupun budak bilik atas, biasanya suara Jalil. Kadang-kadang RS (Resident Staff) keluar, masa ni semua budak senyap je lah, buat bodoh. Lepas tu sambung balik. Kadang2 tengah study, mercun roket melintas tepi tingkap.

Ada satu hari, sebelum kitorang keluar pergi makan kat luar, fattah sempat jugak baling sebiji mercun telur kat luar tingkap. Lepas tu kitorang pergi keluar makan. Tengah-tengah makan tu, Fariz dengan Budin datang, cakap RS naik bilik diorang, cakap diorang main mercun. Masa tu tinggal budak2 ALG je kat cemara, lain semua dah cuti. So, dalam row aku, bilik kitorang dengan bilik Fariz je la yang tinggal. Sebab kitorang takde kat bilik, jadi RS suspect la bilik diorang. Kitorang gelak je.

Lepas hari tu, ada satu masa, RS buat pemeriksaan bilik. Fattah takde, tinggal aku dengan wak aje. Mercun telur dia betul2 atas meja. Aku pun tak tau nak sorok kat mana, jadi aku sorok la dalam CPU Jidin. Last sekali RS tak check pun, tapi aku biarkan je mercun tu dalam CPU yang dah bersarang tu, mana la tau kalau diorang check masa kitorang ade kelas.

 

Kisah Seram Yang Tak Seram

 

Masa tinggal kat Cemara takde la pulak cerita-cerita pasal hantu, yang ada VCD hantu je.

Masa aku semester 1, aku terjaga tengah malam. Bila aku bukak mata, aku nampak ada benda putih melayang layang, betul-betul depan aku, ada la dalam satu meter. Masa tu aku tidur katil atas, bawah aku Adik, katil single Fattah yang tidur. Dalam hati aku cakap, sudah, benda apa pulak ni. Masa tu aku tak pakai cermin mata, jadi pandangan aku pun blur je la. Bila aku fokus lama-lama kat benda tu, baru la aku tau, benda tu rupanya baju kemeja putih, Fattah gantung kat kipas, nak bagi kering. Cis, tak guna punya budak.

Ada satu malam, aku tengah tidur. Tiba-tiba radio kat bilik terbukak. Aku bangun, tutup balik, lepas tu tidur. Sekali radio terbukak balik, lagi kuat pulak. Siapa pulak yang menggatal bukak ni. Lepas aku tutup, kali ni lampu lak yang terbukak. Aku jadi hangin, bangun tengok takde orang pun. Lepas tu, tetiba je rase risau. aku check pintu depan, kunci dah.Aku masuk bilik malik, gelap je. Aku tolak pintu, sekali pintu tu memantul, macam ada orang belakang pintu. Bila aku nak check, Fattah keluar dari belakang pintu sergah aku. Aku sikit la punya terperanjat. Aku tak sangka la pulak ada orang belakang pintu. Dua kali dah aku kena, ceh.

Ada satu malam, dah pukul 12, Fattah ajak tengok vcd Nang Nak dekat bilik TV. Aku cakap aku dah tengok, so dia pergi dengan Adik je la. Pukul satu lebih, hujan lebat turun, siap petir2 lagi, nampak scary sikit. Mase aku baru nak terlelap, ade la dua makhluk berlari-lari masuk dalam rumah. Bila aku Tanya kenapa lari-lari, diorang cakap hujan. Eleh, takut cakap la takutsape suruh tengok cerita hantu malam-malam. Heheh..

My First Date
 
Aku bukan la seorang manusia yang biase cakap dengan perempuan. Bila dapat tau aku nak keluar date, semua orang terkejut. Lipas kat dapur pun terkejut, sampai mati lemas dalam cawan yang ditinggalkan budak2 ni dalam singki.Aku pun terkejut, amende la yang aku nak cakap nanti mase keluar.
Aku mula2 nak senyap aje, malu la kalau diorang tau. Time tu bulan puasa, so aku keluar lepas sembahyang maghrib la ni. Diorang mase tu tengah lepak2 dalam bilik, masing2 perut penuh lepas berbuka. Aku pun senyap2 pakai baju, sambil2 tu gelabah la jugak.
Nak dijadikan cerita, minyak wangi aku buat hal la plak. Time aku bukak dia punya penutup tu, sekali tertumpah atas baju. Banyak plak tu, sikit punya haru. Bila  dah over wanginya tu, mula la budak-budak ni syak aku. Penat aku menafikan, sampai terlambat nak keluar. Last2 bocor gak, bila aku telefon pakai handset jidin, fattah track  nombor tu. Tak guna betul. 
The date went on just allright, aku tak tau mane datangnye confident, walhal selama ni aku cepat menggigil. Thanks God. I will never forget that night for the rest of my life. Ceh, jiwang karat.
 

Opss..Panas,panas
Publish : 31 Disember 2003
Narrated by: Mohd Faizal Shaharuddin
 

          Satu cerita yang aku tak dpt nak lupa ialah pasal kami berenam  (Aku, Mazlan, Adek, Fattah, Rashid ngn Malek) kena panggil ngn RS ngn Penghulu Cemara sebab diorang nak siasat pasal kebakaran kat blok kami. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga, semua warga penghuni Cemara blok 14 yang biliknya yang berhujungkan nombor 08 (108,208,308,408 ngn 508) dipanggil soal siasat.  

           Kisah kebakarannya begini: Ada la malaun mana yang buang puntung rokok dalam tong sampah 'bersama' kami. Jadi habislah terbakar satu tong sampah tu sampai ke atas. Kejadian berlaku waktu tengah hari. Orang pertama sedar adalah Malek sebab dia balik waktu break tengah hari. Ahli bilik yang lain semuanya ada kat INTEC lagi. Aku masa balik tak perasan lagi walaupun aku dah lalu tepi tong sampah tu, tapi bila masuk rumah je, aku bau asap. Aku pelikla apsal bau asap pulak ni. Tengok2 je balkoni kitorang dah jadik arang. Tau2 pergi luar..dongakkan kepala dapatla tgok kesan2 kebakaran dari bawah sampai atas. Dahla blok baru dicat waktu tuh. Memang bengong la sapa yang buat ni.

           Untuk mengetahui sapa yang bakar tong sampah kami tu, malam tu kami semua dipanggil soal siasat oleh RS, disertai Penghulu Cemara. Soalan pertama mestilah pasal sapa dalam bilik kami yang hisap rokok. Yang bestnya jawapannya adalah semua kami berenam mana ada yang hisap rokok....Cuma Wak Rashid je la...tu pun rokok daun ubat resdung. Pastuh ada la sorang RS tu tak pueh hati, dia ingat kami penipu...nak cover kawan kononnya, ceh. Kami berani kerana benar. Pastuh Mazlan jadik mangsa..."Hah kamu ni...saya tau sapa2 saja yang bibir hitam memang isap rokok!" seselamba saja pakcik RS ni menuduh....konon psiko la...nak takut2kan kami...ingat kami masih mengcover Mazlan yang menghisap rokok kononnya. Aku merokok...jangan haraplah... Adek merokok? Tunggu kucing bertanduk la....Malek? Fattah? Takdelah.

             Pastuh aku cerita sket kt RS yang dulu masa kat blok 15 dulu pun pernah jadik camni (kebakaran). Orang yang tinggal kt blok tu sama je ngn yg tinggal kt blok sekarang ni...so aku agak budak bilik atas kitorang yng buat la. Emmm, kalaula kami yang buat, hukumannya berat gak katanya, biasiswa leh hilang terbang begitu sahaja... Habis je soal siasat tu kami semua kutuk2 RS yang menggelabah tu...ada ke kutuk Mazlan sedemikian rupa.

           Dinding-dinding gelap kt balkoni pulak tu habis kami buat tulisan-tulisan pribumi. Dinding kt ruang besar plak ada cap2 tangan kami. Debu asap tuh banyak sgt. Adela terganggu sikit kesihatan.  Hari-hari  lepas tuh, tak dengar lak pasal sapa yang membuat angkara tuh...ape la ... hantu ke yang buat? Ntah2 RS tu yang buat kot. Dia yang mengcover dirinya malam tu......

 

Mazlan menambah:

Aku ingat lagi time tu RS tanya soalan, "Kamu merokok ke tak?"

"Tak"

"Apsal tak merokok?"

"Er..."

Lawak bodoh RS itu akan kukenang sehingga akhir hayat. Heh.

Malik dan Motor RXZnya itu
Publish : 31 Disember 2003
 
Bila teringat Malik, teringat motor RXZ dia. Banyak kenangan yang dilalui Malik bersama motor kesayangan dia ni. Eksiden same2, jatuh same2, pergi kelas same2, pendek kate la kan, macam romeo and juliet.
Ade satu hari, moto dia kena mangga dengan RS sebab parking kat dalam asrama. So, kalo nak bukak mangga tu, kena bayar 10 ringgit kat pejabat. So malam tu, dia pun bertekad la nak potong sendiri mangga tu. Aku kate, jage2 la nanti RS nampak. Tapi dia kate beres je, so tanggung sendiri la. Tak lame lepas tu, dia naik bilik, dia kate die kantul dengan RS mase nak potong mangga. Aku kate la,
"Camne leh kantul lak?"
"Mase aku tengah dok potong, tak perasan RS ade kat belakang"
"Camne RS boleh perasan ko potong mangga?"
"Aku buat kat bawah tangga tu"
"Laa..apsal ko buat kat situ, buat la tempat gelap sikit"
"Aku dah buat, tapi tak nampak, so aku buat la kat tempat terang."
La isla bonita punya budak, buat jahat kat tempat terang. Pastu kena denda lebih sikit lak, sebab merosakkan harta UiTM(mangga). Heh.
 
 
 

Ade banyak lagi cerita yang aku tak ingat atau mungkin aku tak alami. So kepada member2, terutamanya budak bilik aku dan budak negara jiran (Che, Hamka, Godi) , sesiapa ade cerita best nak dikongsi, email kat aku kat der_moslem82@yahoo.com, aku akan copy paste masuk kat page ni, so korang boleh cerita dengan ayat original korang. Ruang masanya adalah waktu kat PPP, GMI dan Cemara/Akasia sahaja