Home | Rumpun Nan Satu | Tokonang Juo.. | Satu Ketika Dulu.. | Rahsia Kehidupan | Kenangan Mengusik Jiwa | Kandungan | Catatan Perjalanan | Dunia Yang Berlainan
Dunia Yang Berlainan
Me, Story...

Hidup didalam dunia realiti, terkadang kita terawang-awang dalam dunia imaginasi... 

moi-alizee.jpg

Sleeping Beauty?

No, I'm not.

I'm ugly.

Alizee, in 'Amelie'.

Sebatang Pokok Ru Yang Mencari Kebenaran

Publish : 4 Disember 2003

 

Pada musim panas tidak berapa lama dahulu, sebatang anak ru berdiri di pinggir bukit, lebih rendah dari pokok-pokok ru yang lain. Tumbuh di sebelah ibunya tidak berapa lama dahulu, masih banyak soalan yang bermain dalam dirinya, tentang misteri dunia ini. Tambahan pula, berdiri di pinggir bukit memudahkan ia untuk melihat dunia sekeliling da setiap hari ada saja soalan yang hendak ditanya kepada ibunya.

 

"Ibu, mengapa kita dilahirkan begini? Kurus dan berdaun halus..terpinggir di tepi hutan?"

 

"Kita tidak harus berkata begini. Tuhan yang menjadikan  kita begini, dan setiap satu kejadian-Nya pasti ada suatu rahsia yang tersembunyi."

 

"Apakah rahsia yang tersembunyi itu? Saya masih tak dapat melihatnya. Lagipun saya masih tak nampak apa kelebihan kita berbanding dengan pokok-pokok yang lain. Lihat pokok bunga tulip tu. Hari-hari dirinya dipuji orang dan bunga ros pula dipetik untuk diberi kepada kekasih mereka. Saya juga mahu jadi seperti pokok epal, setiap hari dikunjungi burung-burung yang menyanyikan lagu yang merdu, sebagai balasan atas buah epal yang manis."

 

Ibu ru hanya tersenyum.

 

"Apabila masanya tiba nanti, kamu akan tahu."

 

Kini musim sejuk telah tiba. Tiada lagi bunga tulip yang memerahi taman, tiada lagi bunga ros untuk dipetik. Yang ada hanya salji yang bertimbun. Pokok epal sudah tidak berdaun lagi, beburung hilang menyepi. Kini pepohon kelihatan cantik dengan salji bertimbun diatas dahanan mereka, seperti permaisuri memakai takhta.

 

"Lihat, sekarang pasti kamu tahu kenapa kita dilahirkan begini. Pohon kita yang tirus membolehkan kita tahan dari kesejukan salji. Kini hanya kita sahaja yang bertahan"

 

Anak ru ternyata telah menjumpai jawapan yang dicari, sambil memerhatikan si tupai membuat sarang di dalam pohon ibunya. Apabila musim panas nanti, tiada lagi soalan untuk ditanya.

mbox20.jpg

All day staring at my ceiling
making friend with shadows on my wall
All night hearing voices telling me
that I should get some sleep
because tomorrow might be good, or something..
 
Matchbox 20, in 'Unwell'

Impian Mat Piah Ingin Menjadi Angkasawan

Publish 11 Disember 2003

 

Mat Piah hanya warganegara Malaysia yang biasa. Akan tetapi, Mat Piah mempunyai satu impian yang murni. Satu impian yang tidak pernah terlintas di fikiran ketua kampungnya, menjadi seorang angkasawan. Mat Piah tahu, semua orang akan gelakkan impian murninya itu, termasuklah mereka yang sedang membaca cerita ini. Bila Mat Piah bertanyakan kepada emaknya, emaknya hanya menjawab,

"Sedarlah diri tu sikit, Matematik pun tak lulus, nak ambik Aeronautik. Takkan JPA hantar ke Jerman punya.."

Lain pula halnya dengan bapanya.

"Huh! Mana aku ada duit! Kau ingat murah ke nak beli roket tu!"

dengus bapanya, meninggalkan Mat Piah termangu-mangu sendirian, bilalah pulak masanya aku mintak nak beli roket?

 

Tetapi Mat piah tidak peduli, biarlah apa orang nak kata. "Permulaan ayat tidak boleh dimulakan dengan perkataan 'tetapi'!" tegur guru Bahasa Melayu aku sewaktu Tingkatan Empat.

 

Berbalik kepada kisah Mat Piah. Mat Piah akan buktikan yang dia mampu lakukan  itu semua. Suatu hari nanti, bila dia dah berjaya menjejakkan kaki ke bulan, baru semua orang kampung tahu. Nanti keluar gambar dia dekat depan Berita Harian, tengah bersalam dengan Pak Lah. Mat Piah memang menyokong Pak Lah dari dulu lagi. Dalam bilik dia ada poster Pak Lah sebesar pintu, yang dia curi sewaktu Pilihanraya Umum yang lepas. Lepas tu nanti pasti Mat Piah mendapat publisiti yang meluas. Gambar Mat Piah pasti akan terpampang dimana-mana sahaja. Model jam tangan Dunhill, iklan sabun basuh, rancangan Cit Cat bersama Azwan, semua ada muka Mat Piah. Bukan muka sahaja, dengan kaki-kaki sekali.

 

Bila Mat Piah dah kaya, mesti ada banyak orang kampung nak mengaku saudara sepusat sepusing. Mat Piah tak akan terpedaya dengan itu semua, taktik lama, macam Samerin bila dia menang More Jutaria dulu. Terasa sejuk perut mak dia mengandung. Rupa-rupanya Mat Piah lupa nak tutup pintu peti sejuk, patutlah sejuk perut mak dia. Bapa dia pulak pau seringgit dua, buat beli rokok.

 

Akan tetapi semua itu tak akan menjadi kenyataan. Mustahil sama sekali, kerana Mat Piah bukan seorang manusia normal, tetapi hanya seekor burung pungguk belakang rumah aku. Mat Piah hanya seekor pungguk yang merindukan bulan.

owl.jpg