Mengigau
Published: 20 Februari 2004
Orang kate, kalau tidur lepas Asar, nanti boleh jadi gila. Alasan logiknya, tak tau lah, tapi ade jugak kebenarannya.
Ustazah aku kate, kalau tidur lepas asar 40 hari berturut2 boleh jadi gila. Ustazah yang kata...
Yang aku nak ceritakan kat sini, masa aku kecik2, sekolah tadika, lepas penat main2 ('bertagas', mak aku kate)
aku pun tidur la petang. Mase aku kecik2, jarang aku tidur petang, maklumlah, nakal, tak reti duduk diam. Lepas tu aku terjaga,
tengok sekeliling semua dah gelap (mendung sebenarnya kat luar, sebab rumah aku terlindung dengan pokok rambutan, jadi
cahaya tak berapa masuk dalam rumah, itu yang jadi kelam) aku pun jadi gelabah, tengok takde orang kat rumah.
Mase aku keluar dari bilik, aku nampak abah aku tengah semak buku akaun blok (mase tu abah aku ketua blok*).
Aku ingat lagi, mase tu sambil menangis, aku marah kat abah aku, "Kenape tak kejut pergi tadika?". Mase tu aku ingatkan dah
pagi.
"Eh, kan dah petang ni. Tengok jam tu, dah pukul 5" abah aku marah aku balik sambil tunjuk jam kat dinding.(Jam
ni dah ade sejak aku belum lahir, beli mase mula pindah ke Felda, tahun 1972. Sampai sekarang ade lagi tergantung, belum arwah
lagi.Jam lain semua dah bertukar ganti). Walaupun aku belum reti tengok jam lagi mase tu, tapi aku tahu la dah petang sebenarnya,
sebab kat TV dah ade kartun.
Bila terkenang balik, rase kelakar la pulak. Ade jugak betulnya cakap Ustazah...
*Blok = Felda aku terbahagi 6 blok. Aku duduk kat blok D.

Usah Diharapkan Ganjaran..
Publish : 20 Februari 2004
Mase aku kecik2, aku dianugerahkan Allah bakat boleh membaca, menulis dan melukis sebelum aku masuk sekolah lagi. Sebab
tu bila dah besar, member2 aku banyak yang pelik, apasal aku boleh bace dengan cepat (Selalu berlaku masalah bila bace majalah
same2, sebab aku habis bace awal, lepas tu nak bace mukasurat sebelah pulak). Bila dah dapat kertas dengan pen, mula la aku
tenggelam dalam dunia aku sendiri, lukis kartun. Batman, Ultraman, kucing aku, semua aku lukis. Sebab tu la selalu kena marah
dengan mak (sebab bila dah habis lukis, buang kertas merata-rata), abah (sebab pen dia selalu hilang) dan akak aku ( aku koyak
buku resepi dia, nak ambik kertas kosong).
Bila dah masuk sekolah, of course tak jadi masalah bagi aku untuk menonjolkan diri, dalam akademik ataupun bab lukisan.
Kalau ade pertandingan melukis tu, takde muka lain la, aku je yang cikgu panggil. Kadang2 naik tensen jugak, kena bangun pagi2
hari cuti, cikgu jemput pergi pertandingan melukis.
Ade suatu mase, aku dapat nombor satu dalam kelas, aku mintak hadiah komputer (sebenarnya video game, tapi bodoh lagi
mase tu, tak tau nak beza).
Famili aku buat donno je tengok aku menangis sakan. Lepas tu abah aku balik dari masjid, dia kate "Bukan murah komputer
tu, same harge macam sekor lembu tu". lepas tu aku terus senyap. Sebab aku tau sekor lembu memang mahal, tak mampu nak beli.
lepas tu aku fikir balik, keluarga aku bukan macam keluarga orang lain. Sejak hari tu aku tak pernah mintak ape2 pun dari
bila aku dapat nombor satu. Bukan aku merajuk, tapi aku tak mahu nak susahkan keluarga aku. Abang aku janji nak belikan
basikal bila dapat 4A dalam UPSR. Bila aku dapat 4A, dia buat tak tau je, aku pun malas nak mintak, lagipun lepas tu nak masuk
asrama dah. Takkan aku nak sorong basikal tu bawak masuk asrama.
And then, PMR, SPM pun aku tak mengharapkan ape-ape sangat. Orang lain ade yang bapak dia kasi 500 ringgit, ade dapat
motor. Aku tak mintak ape-ape, sebab aku tau betape susahnya keluarga aku nak sekolahkan aku, inilah balasan aku kepada diorang,
bukan aku yang patut mengharap ape-ape dari diorang. Sampai sekarang kate2 abah aku pasal harga seekor lembu tu, terngiang2
dalam kepala otak. Bila teringat, tak sampai hati nak mointak ape2 lagi kat diorang..
Tuhan dah kurniakan talent dari aku kecil, tu pun aku dah bersyukur. Sebab tu aku tak pernah harapkan ganjaran atas segala
kejayaan aku, tak pernah nak kisah orang nak bagi hadiah waktu birthday aku. For me, ape yang penting ialah buat perkara yang
membanggakan diri dan keluarga.
Bila member aku tanya, macamana aku boleh terer melukis, aku tak tau nak jawab ape, sebab dari kecik memang dah macam
tu. So, aku jawab, "Anugerah Allah".
Well, sekurang2nya ade jugak perkara yang nak dibanggakan..heh.
|